Sunday, September 19, 2010

Khalwat/Bersekedudukan

Punca-punca
Bersekedudukan adalah fenomena yang bermula dari Barat dan kini mempengaruhi sesetengah anggota masyarakat kita. Apa pandangan Islam mengenainya?Tuhan menjadikan kehidupan manusia di dunia ini berpasangan - lelaki dan perempuan. Bermula daripada Adam dan Hawa dan daripada mereka manusia membiak. Undang-undang yang tertua sekali bagi manusia adalah undang-undang perkahwinan dan kekeluargaan. Undang-undang ini berkembang. Ia memberi dasar yang mesti dipatuhi oleh setiap individu dalam sesebuah masyarakat. Bermula dengan masyarakat yang kecil hingga yang lebih kompleks. Di samping itu ditetapkan pula nilai akhlak yang mesti dipatuhi. Al-Quran ada menjelaskan bahawa perempuan itu adalah pakaian bagi lelaki dan lelaki pula pakaian bagi perempuan. Dalam erti kata lain setiap pihak memerlukan di antara satu dengan lain. Zuriat manusia akan pupus sekiranya lelaki tidak lagi memerlukan wanita sebagai pasangan hidupnya dan begitu juga sebaliknya. Kemanusiaan itu sendiri akan hancur apabila naluri dan fitrah semula jadi bertukar dari sifat asal yang  Tuhan jadikan.Bersekedudukan dari konteks islam bermaksud lelaki dan perempuan yang bukan muhrim duduk berdua-duaan didalam suatu tempat yang sunyi tanpa orang lain dan melakukan perkara yang dilarang oleh islam. Khalwat adalah muqaddimah kepada zina. Bahkan khalwat serta zina adalah perkara yang diharamkan dalam Islam. Menurut pandangan masyarakat yang berfikiran normal dan positif walaupun bukan Islam , khalwat adalah gejala negatif dan perbuatan yang tidak bermoral. Khalwat menurut fahaman moden Barat “kononnya” adalah lambang kebebasan dan kematangan dalam bersosial. Merupakan satu aktiviti sosial yang tidak bermoral semakin hari samakin membimbangkan.Biasanya kita mendengar gejala yang langsung tidak bermoral dan salah dari sisi undang-undang syariah di mana haram melakukannya ini berlaku pada orang dewasa tetapi kini masalah ini semakin membimbangkan di mana sudah menular kepada generasi muda sekarang terutama dikalangan remaja iaitu pelajar universiti dan sekolah, malah ada yang baru berusia 10 tahun sudah mahu dan pernah melakukan gejala ini yang boleh dikaitkan dengan mengadakan hubungan seksual. Malah sekarang artis popular juga dikaitkan denagn gejala bersekedudukan ini selain daripada pasangan yang ada hubungan darah seperti anak dan bapa yang melakukannya. Aktiviti ini sangat merbahaya dan kalau semakin berlelusa takut entah apa yang akan terjadi dan mungkin boleh meruntuhkan institusi kemasyarakatan yang terjalin erat kini. Mengapakah gejala ini boleh berlaku? Apakah kesannya terhadap diri kita sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan juga agama islam itu sendiri? Selain apakah cara atau langkah yang berkesan untuk memberhentikan gejala yang semakin serius ini? Mari kita renungkan sejenak dan bincangkan bersama.

Mengapakah masalah ini boleh berlaku? Ini menerangkan kepada faktor atau punca gejala ini berlaku. Biasanya adalah berpunca daripada diri seseorang itu sendiri. Mahukan tidak jika kita tidak menunding jari kepada diri kita sendiri macam mana gejala seperti ini berlaku malahan  kini semakin serius. Nafsu adalah punca utama kepada berlakunya gejala ini. Jika seseorang itu mengikut nafsu syahwatnya sahaja  nescaya terjerumuslah mereka kepada jalan maksiat dan antaranya adalah masalah bersekedudukan ini. Kerana mulut badan binasa, kerana nafsu maruah tergadai. Bersekedudukan memang merujuk kepada nafsu lelaki dan perempuan tersebut yang mana hilang pertimbangan disebabkan nafsu mengawal diri dan bukannya lagi akal fikiran. Sememangnya dalam diri manusia itu dihiaskan dengan rasa cinta kepada nafsu daripada wanita dan anak serta kekayaan. Tetapi nafsu manusia itu hendaklah disalurkan menerusi cara yang diharuskan oleh syarak, tidak menurut selera sendiri, tetapi mengikut norma dan nilai agama.

            Yang seterusnya adalah disebabkan keluarga. Keluarga memainkan peranan besar semasa anak-anak masih kecil dan memberi bimbingan semasa mereka telah dewasa. Tetapi sekarang perkara itu tidak berlaku lagi disebabkan ibubapa sekarang lebih penting bekerja seharian suntuk mencari wang tanpa henti  dengan membiarkan anak-anak mereka tanpa memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang agama kepada mereka dan seterusnya membiarkan anak-anak melalui hidup di dunia yang fana dan banyak dugaan ini berseorangan.  Disebab tiada tunjuk ajar tersebut mudahlah anak-anak akan terjerumus kepada masalah sosial terutama masalah pergaulan bebas antara leleki dan perempuan dan seterusnya akan meyebabkan gejala bersekedudukan ini berlaku dengan berleluasa. Sudahlah tidak memberi anak-anak didikan agama ada segelintir ibubapa yang sanggup melakukan aktiviti bersekedudukan yang tidak bermoral ini dirumah mereka sendiri dengan diperhatikan oleh anak-anak mereka.  Anak borek, bapak rintik dan mana tak tumpah kuah kalau bukan ke nasi, itu 2 peribahasa yang boleh mengambarkan situasi jika ibubapa sanggup melakukan aktiviti maksiat tersebut dirumah sendiri, anak yang jahil agama ini akan mempelajari dan mengikutinya. Inilah situasi yang sering ditayangkan di dada-dada akhbar dimana anak dan ibu atau bapa di tangkap bersekedudukan atau khalwat bersama pasangan masing-masing di dalam satu rumah. Siapa makan cili dialah terasa pedasnya.

            Penglibatan dan pendedahan media  terutama media massa juga semakin membimbangkan dimana setiap hari ada sahaja adegan-adegan lucah ditayangkan oleh televisyen terutama syarikat swasta yang tanpa segan silu menayangkan  cerita-cerita luar negara yang di mana pelakonnya  menunjukkkankan buah dada mereka sesuka hati serta bercium di antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. Ini adalah budaya barat yang semakin  hari semakin menular ke dalam institusi masyarakat kita malah kini menjadi ikutan pengarah filem di negara ini. Malahan sekarang ramai generasi muda yang bakal memimpin negara sudah mengikut budaya kuning yang tersebar di mana seterusnya menyebabkan ramai di antara mereka tejerumus di dalam kancah maksiat seperti masalah khalwat ini, blackmetal, rogol dan pelbagai lagi. Zaman semakin lama semakin moden, begitu juga dengan teknologi yang saban hari semakin canggih. Zaman dunia tanpa sempadan yang canggih kini menyenangkan maksiat itu bermaharajalela di hati anak-anak sekarang. Laman web lucah semakin banyak dan mudah di akses dimana tiada sekatan untuk masuk ke laman web tersebut seperti dahulu lagi akan meyebabkan nafsu seseorang itu tidak dapat dikawal. Laman web sosial juga antara penyumbang kepada berlaku masalah bersekedudukan ini antaranya laman popular seperti myspace, friendster, tagged dan banyak lagi. Ini merupakan laman yang kerap dikunjungi oleh ramai orang terutama golongan remaja. Memang pada mula mereka bermain hanya untuk menambah kenalan dan mengenali seseorang sahaja tetapi jika semakin lama kita mengenali mungkin terasa ingin berjumpa dan seterusnya boleh menuju kepada berlaku perkara seperti bersekedudukan dan zina.  

            Selain itu faktor seterusnya adalah daripada pengaruh rakan-rakan dan masyarakat. Bagi remaja sekarang rakan-rakan adalah teman rapat malah lebih rapat daripada ibubapa sendiri dimana rakan adalah tempat untuk meluahkan isi yang terpendam dihati. Kalau baik akhlak kawan itu mungkin kita terselamat daripada melakukan maksiat tetapi jika kawan yang dikenali itu jahil akhlak dan akidahnya mungkin rosak juga akhlak dan akidah kita. Kita juga perlu ingat tentang ayat ‘kawan makan kawan’ terutama bagi anak gadis sekarang apabila bertemu kawan lelaki jangan mudah percaya kerana mungkin mereka mengajak untuk besekedudukan. Sememangnya tipu helah seorang rakan susah untuk dihidu kerana terlalu percaya dengan mereka. Adakalanya, gejala ini berlaku disebabkan tidak mendapat restu keluarga dalam perhubungan sehingga mereka sanggup melakukannya.  Masyarakat juga menjadi faktor berlakunya gejala khalwat ini. Ini berkaitan dengan etika kemasyarakatan itu sendiri. Masyarakat sekarang tidak lagi seperti dahulu dimana masyarakat sekarang lebih mementingkan diri sendiri tanpa menegur jiran tetangga malah ada yang tidak mengenali masyarakat sekeliling kawasan perumahan atau jiran sebelah rumah. Alasan mereka mudah kerana sibuk bekerja seharian yang meyebabkan mereka tidak bertegur sapa diantara satu sama lain. Ada juga jiran yang mengetahui berlaku maksiat seperti bersekedudukan di rumah sebelah tetapi mereka buat tidak ambil peduli dengan tidak menegur walaupun mengetahui perbuatan itu salah dari sisi undang-undang islam kerana berfikiran tidak baik untuk masuk campur hal tepi kain orang lain.

            Gejala bersekedudukan ini juga berlaku di sebabkan kerajaan yang kurang mengambil tindakan terhadap gejala ini. Yang ingin dipersoalkan kini kenapa kerajaan meluluskan permit bagi kegiatan rumah urut, disko atau kelab malam, hotel murah dan banyak lagi tempat maksiat yang lain. Kita sudah maklum bahawa kewujudan tempat-tempat sebegini bak cendawan tumbuh selepas hujan banyak membawa masyarakat kepada jalan maksiat terutama gejala bersekedudukan ini, mengapa juga diluluskan. Adakah ini disebabkan kerajaan hanya ingin mengaut keuntungan dari cukai yang diperolehi. Operasi yang dilakukan oleh agensi agama kerajaan juga bagi menghalang gejala bersekedudukan ini hanya dilakukan apabila ada sesuatu perayaan sahaja. Mestikah apabila sudah kecoh pasal gejala ini baru kerajaan nak bertindak.

Kesan-Kesan
            Terdapat banyak kesan apabila gejala bersekedudukan ini semakin menular di dalam institusi kemasyarakatn kita iaitu terhadap diri kita sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara serta dari segi agama islam sendiri. Kesannya maruah diri tergadai dan dipandang hina oleh masyarakat. Berani buat berani tanggung itu adalah ungkapan yang sesuai untuk mereka yang melakukan gejala keji ini kerana mereka bakal dugaan yang hebat dari Allah serta kejian dan cacian masyarakat setempat. Selain itu maruah ahli keluarga tercalar dek perbuatan yang sepatutnya tidak dilakukan dan jika tidak terlalu mengikut hawa nafsu. Sememangnya keluarga akan berasa teramat malu yang besar sehingga terasa ingin mengasingkan diri dari masyarakat. Perbuatan ini juga boleh menyebabkan keluarga dipandang hina oleh masyarakat dan paling merasainya ialah kedua-dua ibubapa kerana masyarakat akan menunding jari terhadap mereka kerana dengan megatakan bahawa ibubapa tersebut tidak pandai menjaga dan didik anak dengan betul. Semestinya menjadi ibubapa dalam situasi ini adalah begitu sukar dimana memerlukan ketabahan dan kesabaran yang cukup tinggi. Selain itu maruah diri ibubapa juga tergadai. Kesan seterusnya  institusi kekeluargaan akan musnah. Manakan tidaknya bagi sesetengah ibubapa jika anak mereka melakukan perkara yang terkutuk itu mereka akan memulau anak tersebut dan memutuskan hubungan kekeluargaan yang terjalin disebabkan tidak sanggup lagi mendengar cacian dan kejian daripada orang disekeliling mereka. Jika pasangan yang melakukan gejala keji ini adalah suami atau isteri orang mungkin institusi kekeluargaan atau masjid yang dibina indah akan musnah begitu sahaja disebabkan salah sebelah pihak sahaja. Yang paling terasa adalah anak-anak kerana ibubapa akan bercerai dan mereka akan kehilangan kasih sayang salah seorang ibu atau bapa. Mungkin anak-anak juga akan kurang didikan atau terabai disebabkan hanya seorang penjaga sahaja mendidikan dan menjaga mereka. Pelbagai kesan buruk lagi akan berlaku jika masalah ini berterusan.

            Sememangnya nama Malaysia sudah gah di mata dunia. Nama Malaysia memang sinonim sebagai sebuah negara islam yang maju dan membangun. Malaysia juga terkenal sebagai sebuah negara islam yang terbaik dan kaya dengan nilai islamnya. Sebagai contoh dasar ekonomi islam yang diguna pakai Malaysia sekarang diiktiraf oleh dunia dan menjadi ikutan banyak negara lain termasuk negara bukan islam. Ini terbukti dengan kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia yang semakin hari semakin menigkat selain daripada terbukti teguh walaupun dalam kegawatan ekonomi seperti pada tahun 1998 dan yang terbaru 2009. Walau setinggi mana nama Malaysia, kerana masalah gejala bersekedudukan ini yang kini menjadi-jadi menyebabkan imej Malaysia sebagai negara islam tercalar di mata dunia. Malah ada yang berpendapat bahawa Malaysia kini sebagai tempat maksiat dan jenayah. Inilah dugaan yang perlu ditanggung dikalau negara sudah membangun. Gagal menangani gejala besekedudukan ini menunjukkan penguatkuasaan yang lemah diambil oleh kerajaan Malaysia. Dengan ini menunjukkan Malaysia sebagai negara islam hanya di nama padahal rakyatnya begelumang dengan maksiatnya. Malaysia juga akan di pandang hina bukan sahaja negara dan masyarakat bukan islam malahan juga negara dan umat islam sendiri. Ini akan menyebabkan bidang ekonomi negara jatuh dan seterusnya menyebabkan umat islam di Malaysia berpecah-belah. Masyarakat  bukan islam juga akan mengambil kesempatan untuk mengambil alih negara disebabkan pepecahan berlaku akibat gejala bersekedudukan yang tidak bermoral ini.

            Peningkatan kes jenayah juga disebabkan kegagalan mengatasi gejala bersekedudukan ini. Kita boleh melihat kini peningkatan kes buang dan menggugurkan bayi meningkat dimana berpunca daripada gejala ini. Bersekedudukan antara lelaki dan perempuan di suatu tempat yang sunyi pasti akan membangkitan nafsu sahwat pasangan tersebut dan seterusnya menyebabkan mereka terlanjur. Maka terhasil bayi hasil ketelanjuran itu. Bayi yang dihasilkan tanpa ikatan yang sah ini digelar anak luar nikah. Apabila takut diketahui mengenai ketelanjuran mereka, bayi yang di kandung akan digugurkan samada cukup bulannya atau tidak asalkan rahsia tidak terbongkar. Inilah sikap buruk segelintir rakyat Malaysia dan mengapa mereka sanggup tergamak melakukannya. Selain kes buang bayi kes maksiat lain seperti zina dan pergaulan bebas tanpa sempadan juga akan meningkat. Sebenarnya gejala ini bermula apabila anak-anak bebas bergaul  antara lelaki dan perempuan dimana tiada batas pergaulan berlaku. Bermula dengan berpegang-pegangan tangan, kemudian raba dan cium dan akhirnya mereka besekedudukan.  Gejala ini tidak dibendung jenayah seperti itu semakin berleluasa disebabkan akidah manusia semakin rosak saban hari. Bukan itu sahaja bersekedudukan ini juga boleh mendatang pelbagai penyakit seperti AIDS, HIV dan pelbagai penyakit kelamin yang lain. Mungkin bertambah buruk lagi, kes seperti rogol dan bunuh juga akan meningkat. Sememangnya gejala ini boleh memesongkan dan merosakkan akidah kita. Mengapa ini berlaku? tepuk dada tanya akidah masing-masing.

           


Langkah-langkah
            Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi gejala ini ialah bermula dan disemai dari daripada awal lagi iaitu ibubapa hendaklah mendidik anak mereka tentang agama dan akidah yang sebenar kepada anak-anak semasa mereka dari kecil lagi. Ibubapa perlu menjadi contoh terbaik kepada anak-anak dan menunjukkan tauladan dan akidah yang betul kepada mereka supaya dapat membentuk mereka menjadi insan yang berguna di masa depan kelak. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibubapa juga perlu lebih banyak menghabiskan masa bersama anak-anak dengan menyelami hati dan perasaan mereka supaya hubungan menjadi lebih akrab dan dapat mengetahui masalah isi hati mereka. Melakukan aktiviti dan selalu beriadah juga boleh merapatkan hubungan kekeluargaan. Bagi anak-anak yang sudah meningkat remaja, ibubapa lebih perlu rapat dengan mereka kerana ditahap ini anak-anak memerlukan bimbingan yang lebih daripada ibubapa bagi menghadapi hidup yang semakin berliku-liku sebelum melangkah ke alam dewasa. Dalam hal ini ibubapa perlu sentiasa sabar dalam menghadapi perangai anak-anak kerana darah muda ini selalu berada dalam keadaan tegang dan mudah naik angin tidak tentu pasal. Inilah peranan yang sukar sebagai ibubapa tetapi jika anak-anak berjaya menjadi insan yang berguna dan baik sasiah serta akidah nescaya ibubapa itu akan tersenyum lebar menyaksikan kejayaannya. Institusi kekeluargaan Islam dibentuk melalui keturunan atau nasab, melalui
perkahwinan dan susunan. Mereka yang dilahirkan menurut mana-mana kategori mempunyai status perundangan. Dari aspek kekeluargaan, Islam menetapkan status keluarga itu sama ada sebagai muhram atau yang haram dikahwin dan ajnabi yang halal dikahwini.Secara ringkasnya, Islam menetapkan cara pergaulan sesama muhram seperti antara adik-beradik dan pergaulan di kalangan ajnabi dan bukan muhram seperti keluarga pupu dan mereka yang tiada ikatan kekeluargaan dan sebab perkahwinan atau susuan. Ertinya dalam pergaulan seharian ada nilai yang mesti dipatuhi. Itulah nilai pergaulan yang perlu diterapkan didalam diri anak-anak itu. Memanglah benar jika jiwa seseorang tidak diasuh dengan nilai murni ia lebih mirip untuk melakukan gejala tidak sihat. Antara sifat yang mulia adalah Malu. Orang yang tidak mempunyai sifat malu akan melakukan apa sahaja. Sebab itu malu
adalah antara ciri-ciri kemuliaan insane.

            Seterusnya adalah memperketatkan dan mengemas kini undang-undang yang sedia ada. Manakan tidak masyarakat sekarang sudah mula memperkecilkan dan tidak takut dengan undang-undang sedia ada. Mereka berani mencabar undang-undang termasuk undang-undang syariah islam yang telah dinyatakan didalam Al-Quran. Mereka sanggup melakukan gejala bersekedudukan ini sedangkan ianya sudah diterangkan di dalam Al-Quran ianya haram. Maknanya mereka ingkar akan peraturan ilahi dengan sanggup melakukan larangannya. Kerajaan perlu membuat undang-undang di mana mewajibkan wanita islam memakai tudung dan larangan terhadap berpakaian ketat kerana cara pemakaian ini boleh menaikkan nafsu sahwat seorang lelaki. Kerajaan juga perlu memperketatkan undang-undang dimana kerajaan perlu mengenakan hukuman yang berat kepada pesalah maksiat seperti bersekedudukan ini bagi mengantikan hukuman denda yang diguna pakai sekarang. Penguatkuasa agama seperti JAKIM, JAIS, JAIP dan yang lagi juga perlu memainkan peranan mereka dengan lebih kerap melakukan operasi dan pemantaun di kawasan `panas’ maksiat agar gejala bersekedudukan  ini dapat di elakkan. Penguatkuasa juga harus lebih tegas dalam menangani dan elakkan menerima rasuah. Kerajaan juga perlu memberhentikan operasi tempat-tempat maksiat yang boleh membawa kepada gejala ini seperti hotel murah, kelab malam atau disko dan banyak lagi. Dengan menutupnya adalah jalan terbaik bagi menanganinya. `1 malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ memang tepat kerana kerajaan adalah penggerak negara oleh itu kerajaan perlu memainkan peranan yang paling utama dalam menangani gejala tidak senonoh ini dimana keutamaan rakyat diberi keutamaan dahulu dan pencapaian kerajaan diutamakan untuk kemajuan negara.

Diri sendiri juga perlu memainkan langkah bagi menangani masalah ini, iaitu kita hendaklah pandai memilih dan mencari kawan. Mencari kawan yang bergelak tawa bersama semasa gembira adalah mudah tetapi mencari kawan yang sanggup menangis bersama semasa duka adalah begitu sukar. Sememangnya disekeliling kita wujud ramai kawan oleh itu carilah kawan yang baik akidah dan agamanya supaya mereka dapat menegur dan memperbetulkan kesalahan yang kita lakukan.

Kerajaan dan media juga perlu mengadakan banyak rancangan berteraskan ilmu keagamaan supaya kita dapat mendidik masyarakat ke arah jalan yang betul selain yang utama mendekatkan diri kepada Allah. Media massa dan elektronik juga perlu mengurangkan rancangan yang berteraskan hiburan yang mana selalu melalaikan manusia dan seterusnya mendekatkan manusia ke lembah maksiat dan selangkah ke neraka. Kerajaan perlu memperuntukan dana bagi mengadakan aktiviti keagamaan di setiap pelusuk tempat di Malaysia seperti majlis keagamaan, ceramah, forum perdana, pertandingan Al-Quran dan banyak lagi.

Semua usaha untuk mencegah khalwat dan zina adalah dituntut demi menjaga keharmonian masyarakat.Tanggungjawab mencegah khalwat dan zina bukan tanggungjawab pihak jabatan agama sahaja bahkan tanggungjawab semua pihak. Tiada siapa yang inginkan anaknya atau adiknya atau kakaknya atau abangnya berkhalwat atau berzina. Bercakap, berbalah dan bertikam lidah dalam isu intipan khalwat tidak bermakna masalah khalwat dan zina akan boleh selesai.marilah berpegang pada slogan:

Ibadah didahulukan,
       Pencapaian diutamakan.

3 comments:

  1. tolong jgn buat blog mcm karangan boleh tak ? make it simple . pening na baca lolx

    ReplyDelete
  2. nie ak nye share kpd spe nk study!!huuuu

    ReplyDelete
  3. tnx sangat itu assigement saye nie

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...