Sunday, June 12, 2011
'JAWAPAN' kepada yang melatah
nie sambungan berkaitan isu PEKIDA yang melatah 2...
‘Saya tak faham tuduhan Pekida’
Pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof menafikan dakwaan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) kononnya filem itu membuka kod rahsia pertubuhan berkenaan dan mengaitkan orang Melayu dengan unsur samseng seperti didakwa.
“Saya sendiri tidak faham apa kod rahsia yang dimaksudkan mereka, kemungkinan mereka tidak berpuas hati kerana penggunaan perkataan ‘abang long’ dan ‘ayahanda’ dalam babak filem itu,” katanya
Dia berkata, filem itu hanya rekaan semata-mata dan bersifat hiburan, malah ia tiada kaitan langsung dengan gengsterisme di negara ini. “Tujuan penghasilan filem ini adalah menyampaikan mesej bersifat kekeluargaan, kemasyarakatan dan keagamaan dengan harapan ibu bapa mengambil berat terhadap anak yang sedang meningkat dewasa,"
.........
nie pulang Kata dari sorg legend mengenai bab2 bie...AWIE WINGS!!
Pesanan Awie
“Saya mahu berpesan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), jangan terlalu menggunakan publisiti untuk mengecap glamor. Malah, hentikanlah isu hentam-menghentam ini.
“Jika ada masalah berlarutan, kedua-dua pihak harus duduk berbincang di meja rundingan dan bukan tuduh menuduh bagi meraih publisiti,” kata penyanyi dan pelakon, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 43.
Penyanyi rock yang pernah terbabit dengan pertubuhan berkenaan menasihatkan kedua- dua pihak mendapat persetujuan secara bertentang muka dan bukan dengan provokasi antara satu sama lain.
“Saya ingin menasihati Syamsul (pengarah filem KL Gangster) jika benar dia melakukan kesalahan, mohon maaf kepada mereka. Lagipun, manusia tidak pernah lekang daripada melakukan kesilapan,” katanya.
SUMBER: HARIAN METRO
PEMBERITAHUAN : caya la awieee!!
Labels:
POLITIKING
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment